Wednesday, March 30, 2011

Antaramuka Google SketchUp

Antaramuka perisian Google SketchUp adalah seperti di bawah ni...

Pengenalan kepada Google Sketchup

Setelah install Google SketchUp, kita akan dapat satu icon baru kat desktop. Kalau tak jumpa boleh cari kat menu Start > Google SketchUp > Google SketchUp. Kalau tak jumpa gak boleh la pinjam komputer kawan-kawan yang dah install SketchUp.. Huhu..

Apabila dibuka, satu tetingkap Welcome to SketchUp akan muncul. Tetingkap ni hanya pengenalan kepada SketchUp dan kita boleh setkan sama ada nak muncul tiap kali SketchUp dibuka ataupun tak. Maklumat pada tetingkap Welcome ni hanyalah maklumat asas seperti Learn, License dan Template.

Kalau tengok gambar di atas mungkin nampak berbeza daripada apa yang anda semua dapat sebab aku menggunakan Google SketchUp Pro. Tapi asasnya sama je.. Maklumat-maklumat seperti Learn, License dan Template tu boleh dilihat dengan mengklik anak panah di sebelah perkataan Learn, License dan Template. Seperti yang aku bagitau tadi kalau taknak tetingkap ini keluar lagi, kita boleh la buangkan tanda pada perkataan 'Always show on startup'. Bila anda semua dah bersedia nak menggunakan Google SketchUp ni klik pada butang Start using SketchUp.

Tuesday, March 29, 2011

Download Google Sketchup Secara Percuma

Seperti yang aku ulang-ulang banyak kali, perisian Google Sketchup ni memang percuma. Ada 2 versi sebenarnya iaitu yang versi percuma dan yang versi berbayar. Yang berbayar dinamakan Google SketchUp Pro macam aku pakai sekarang ni. Tak banyak beza antara yang free dengan yang pro cuma macam biasa lah kalau dah berbayar ni adalah function-function tambahan lain yang takde dalam yang free. Contohnya kalau kita beli yang pro kita akan dapat 2 lagi perisian tambahan iaitu Layout dan Style Builder. Perisian tambahan ni biasa digunakan orang profesional la macam arkitek ke designer ke..

Kepada yang pakai free version jangan risau kerana takde yang kurang sangat dalam yang free tu.. Kalo ada perbezaan nanti aku akan bagitau.. Jadi tanpa melengahkan masa marilah kita sama-sama download Google SketchUp ni sementara masih ada yang free. Kalau lambat-lambat kang sekali Google minta bayar susah gak..

1. Klik pada alamat ini untuk download Google SketchUp

2. Kemudian klik pada button Download Google SketchUp seperti gambar bawah ni

3. Pilih jenis sistem operasi (OS) komputer sama ada menggunakan platform Windows atau Mac OS (Apple) dan klik pada butang Agree and Download

4. Savekan fail setup Google SketchUp tu dan run untuk install dalam komputer. Cara install dia straight forward, tak susah.. Klik-klik next je.. Kalau ada masalah boleh komen kat posting ni yee...

Apa itu Google SketchUp?

Google SketchUp ialah sebuah perisian modelling 3D yang dibangunkan oleh Google. Ianya bukanlah sebuat lagu las ketchup aserehe tu.. ataupun sebotol kicap.. Huhu..

Seperti namanya "sketchup", tujuan utama perisian ini adalah untuk menghasilkan lakaran atau lukisan tetapi dalam bentuk yang lebih menarik iaitu dalam 3 dimensi. Lakaran dalam 3D ini dipanggil modelling (bukan model catwalk eh..).

Google SketchUp menggunakan pendekatan yang inovatif dalam menghasilkan rekaan 3D dengan cara yang mudah dah menyeronokkan. Malah perisian ini boleh didapati secara percuma untuk kita sama-sama gunakan dan berkongsi ilmu dalam dunia rekaan 3D. Versi yang terkini buat masa artikel ni dipost ialah versi Google SketchUp 8. Maklumat lanjut mengenai Google SketchUp ni boleh didapati dari laman web http://sketchup.google.com/.

Monday, March 28, 2011

3D Mudah dengan Google Sketchup


Google Sketchup ialah perisian 3D mudah, ringan dan yang paling penting PERCUMA. Aku rasa sangat merugikan kalau kita tak mempelajari perisian yang amat bagus dan yang paling penting sekali lagi... PERCUMA.

Dalam blog ini aku akan berkongsi segala ilmu yang aku tahu mengenai Google Sketchup. Aku belajar sendiri perisian ni dan aku rasa kawan-kawan di luar sana pun pasti berminat kerana ianya mudah dan menarik. Jom belajar Google Sketchup...